Seperti biasa, pihak pembangun pelayar web sumber terbuka popular, iaitu
Mozilla telah pun memuat-naik versi pembangunan akhir untuk Firefox 13
pada pelayan FTP mereka, dan sedia untuk dimuat-turun semua terlebih
dahulu, sebelum ianya dilancarkan secara rasminya pada 4 Jun iaitu pada hari esok.
Melalui Firefox 13, ia membawakan beberapa fungsi baru pada pelayar
web tersebut, dan salah satunya adalah “Tab On Demand”. Fungsi ini
membolehkan pelayar web Firefox mengurangkan masa untuk memulakan
kembali pelayar web, dimana anda boleh memilih tab yang ingin dimulakan,
dan bukan semua tab dimulakan pada sesuatu masa ketika pelayar web
tersebut dibuka.
Pada masa yang sama, perubahan yang tampak berbeza adalah halaman tab
baru pada Firefox 13 kini direkabentuk dengan lebih baik, dan
menyertakan pilihan untuk melihat thumbnail laman kegemaran anda ataupun sebaliknya. Firefox 13 juga menampilkan pengurus muat turun yang dioptimumkan yang akan menawarkan pengguna satu cara yang lebih baik untuk mengendalikan kerja-kerja download.
Sokongan reset kembali pelayar web, iaitu fungsi yang
diumumkan baru-baru ini oleh Firefox turut sama boleh digunakan oleh
para pengguna, untuk menetapkan kembali pelayar web Firefox seperti pada
asalnya.
Bagi anda yang ingin mencubanya terlebih dahulu sebelum pengumuman
rasmi pihak Mozilla, boleh memuat-turun sendiri pelayar web Firefox 13 disini.
Sumber : amanz.my
Sumber : softpedia














