Adobe Dermakan Flex Kepada Apache Software Foundation




kita sudah pun dikejutkan yang Adobe tidak akan lagi membangunkan Flash bagi peranti mobil. Kali ini, framework Flex yang dibangunkan atas teknologi Flash juga akan diserahkan pada Apache Software Foundation (ASF) untuk diuruskan.

Menurut Adobe, ia akan terus menyokong pembangunan Flex. Tapi berharap ia diuruskan oleh badan bebas seperti ASF.

Dari laman blog Adobe, tindakan ini dibuat kerana mereka percaya yang HTML5 akan menjadi teknologi perusahaan yang menggantikan Flash dalam pembangunan aplikasi.

Bagi pengguna Linux, ini satu keputusan yang ditunggu-tunggu. Pembangunan website ke arah HTML5 juga akan membantu pengguna OS ini yang sering dibayangi masalah yang ditimbulkan Flash seperti versi keluaran yang ketinggalan dan penggunaan sumber komputer yang tinggi.

*sumbu.org

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .