Microsoft dan Windows 8

Microsoft telah mencucuk sarang lebah/sarang tebuan atau mencairkan igloo penguin dengan mengumumkan keperluan baru bagi pengeluar, pengedar, penghasil komputer dan sewaktu denganya yang mahu memasukkan Windows 8 ke dalam sistem mereka, mestilah menggunakan ciri/feature yang dipanggil ‘Secure Boot’. Ia bermaksud hanya Windows 8 sahaja yang akan mampu berjalan/running pada perkakasan komputer tersebut, menutup pintu dan tingkap masuk untuk GNU/Linux untuk boot dan digunakan pada komputer ini.

The Free Software Foundation telah keluar menentang keras cadangan Microsoft ini. Lebih dari 16 000 orang telah menandatangani surat kenyataaan bantahan yang dianjurkan Free Software tentang “Secure Boot vs Restricted Boot”, yang menunjukkan bahawa pengguna mengambil berat akan hal ini. Red Hat dan Canonical telah mengeluarkan kertas kerja dan cadangan bagaimana untuk menerapkan kaedah ‘Secure Boot’, untuk memastikan bahawa pengguna masih mempunyai hak dan kuasa pada komputer mereka.

Apa yang dilakukan Microsoft sebenarnya adalah memaksa OEM untuk meletakkan Windows keys pada perkakasan mereka yang bermaksud tiada apa yang boleh berjalan/running/boot pada komputer melainkan Windows 8! Walaupun anda boot Linux dengan kaedah LiveCD atau LiveUSB, ianya tidak akan boot!

Microsoft setakat ini kekal senyap berdiam diri terhadap kebimbangan yang ditunjukkan oleh Linux dan komuniti free software. Kebenarannya ialah bahawa perkakasan komputer mestilah boleh menjalankan apa-apa sahaja sistem operasi pilihan pengguna dan pilihan untuk ‘Secure Boot’ mestilah terdapat pada semua pengguna dan bukan hanya untuk Windows sahaja.



sumbu.org

1 comments:

  1. best gune window 8 even dia still preview stage.. love it..

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .