Mozilla dan Microsoft berganding bahu dengan Firefox

Membelek berita tentang sumber terbuka, ada satu artikel menarik mengenai kerjasama antara Mozilla dan juga Microsoft yang mana salah satu versi Firefox 7.0.1 akan dilengkapkan dengan enjin pencari Bing yang dibangunkan oleh Microsoft.

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa kerjasama ini bakal memberikan lebih keuntungan kepada Mozilla dari segi kewangan. Dengan aplikasi baru yang ditawarkan ini, Mozilla telah meningkatkan kerjasama mereka dengan Microsoft semenjak diumumkan pada tahun lepas.

Rasanya ramai dari komuniti sumber terbuka yang agak terkejut dengan mengumuman ini (ini adalah andaian penulis sahaja) tetapi jika dilihat dari segi aspek pemasaran Firefox sendiri, populariti Firefox berkurang akibat dari pelayar web Chrome yang dimiliki oleh Google sendiri.

Ok, jika semak semula sumber terbuka dan idea sebenarnya ialah kebebasan untuk memilih. Jadi, tindakan Mozilla sendiri sememangnya amat menyokong idea sumber terbuka yang meraikan kepelbagaian, bukan begitu?

Baiklah, jika anda ingin mencuba versi Firefox bersama Bing, anda boleh layari laman web rasmi perisian tersebut >> http://www.firefoxwithbing.com/ dan seterusnya muat turun untuk kegunaan anda. Hahaha…



*Sumber : sumberterbuka.net

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .