Mozilla Firefox 7 Dilepaskan

Tiada perubahan visual atau kosmetik yang dapat dilihat pada Firefox 7 ini, sebaliknya, pembangun Firefox memfokus untuk menambahkan lagi keefisien dalam pengurusan memori.
Menurut Mozilla, pengguna akan berasa lebih pantas apabila membuka tab baru, menggunakan tab yang banyak atau mengklik pada menu dan butang website.
Sementara itu, peralatan terbaru turut didatangkan bersama versi ini memudahkan lagi pembangun website menghasilkan pengalaman penggunaan yang menarik. Versi terbaru hardware-acceleration Canvas mampu meningkatkan animasi dan permainan HTML5.
Firefox sekarang, juga menyokong spesifikasi API W3C Navigation Timing yang mana dengannya pembangun website boleh mengukur kelajuan muat halaman berbanding bandwith dan faktor lain.
Jika anda pengguna Linux, versi terbaru Firefox itu akan dimasukkan tidak lama lagi dalam repo. Sila gunakan Update Manager untuk mengemaskininya.
muatturun sekarang

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .