Ulasan Ringkas Linux Mint 12 Lisa

gnome 2 dan gnome 3 dalam satu OS

Linux Mint 12 telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam desktop Gnome3 serta memperkenalkan desktop alternatif kepada Gnome2, iaitu MATE. Hari ini, saya akan mengulas secara ringkas mengenai ini.

Seperti yang kita ketahui, Linux Mint adalah distro Linux yang berasaskan distro Ubuntu Linux dan populariti Linux Mint telah melonjak ekoran daripada distro Ubuntu yang kini kurang mendapat sambutan disebabkan daripada beberapa isu seperti antaramuka Unity yang sering menjadi perhatian.
Linux Mint 12 telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam desktop Gnome3 yang sering dikatakan terlalu sukar sehingga kebanyakan pengguna tegar Linux pun mengkritik gaya pembaharuan yang dilakukan oleh Gnome3, begitu juga dengan bapa Linux sendiri, iaitu Linus Torvalds. Walaubagaimanapun, pasukan Linux Mint telah pun mengatasi masalah antaramuka Gnome3 dengan memperkenalkan satu desktop extension yang dipanggil sebagai Mint Gnome Shell Extension yang bertujuan untuk memudahkan pengunaan antaramuka Gnome3 disamping dapat mengekalkan rekabentuk antaramuka yang asal.


Contoh antaramuka Linux Mint 12 dengan Gnome3 yang diubahsuai

Selain daripada itu, Linux Mint juga turut menyertakan antaramuka MATE sebagai alternatif kepada Gnome2.
Antaramuka LM12 dengan MATE
Jika anda penggemar desktop customizer yang terkenal iaitu, compizconfig, anda masih boleh menggunakan MATE untuk melakukan penetapan untuk menceriakan lagi desktop anda, walaubagaimanpun, fungsi compiz tersebut tiada dalam gnome3 dan anda hanya akan mendapati hanya terlalu sedikit penetapan dibuat terhadap desktop gnome3, tetapi jangan risau kerana ada penetapan yang lebih khusus lagi untuk meceriakan pula desktop gnome3.
Contoh penetapan desktop gnome3 dalam LM12

Dalam konteks menu pula, Gnome3 telah memaparkan antaramuka menu yang baru sementara bagi MATE pula, rekabentuk antaramuka masih sama seperti versi Linux Mint 11.


Walaupun antaramuka menu Gnome3 memang lawa, akan tetapi ia makin berserabut apabila anda pergi ke menu applications dan biasanya anda akan lihat ikon berserabut dan ditambah lagi dengan perisian warisan pula yang ada dalam LM12 ini.
Contoh Perisian Warisan X windows system dalam Linux, Xlogo


Dalam konteks pengurusan fail pula, Gnome3 telah menggunakan perisian nautilus sebagai perisian pengurusan fail, manakala bagi antaramuka MATE pula menggunakan perisian pengurusan fail Caja, iaitu alternatif kepada nautilus versi gnome2.
Gnome3 dengan perisian pengrusan fail nautilus
MATE dengan perisian pengurusan fail Caja

Bagi yang menggunakan broadband maxis, celcom dan digi, ia tiada masalah untuk menggunakan modem usb broadband kerana saya sendiri pun telah menguji keupayaan menggunakan usb broadband dan ia berjaya digunakan walaupun saya hanya menggunakan prepaid broadband!
Sambungan internet melalui usb broadband



sumber : Pujangga Siber

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .