Firefox dalam bahasa melayu

Firefox dalam bahasa melayu ? tah apa-apa tah apa.. lucu je aku tengok.. 
Jangan hina bahasa sendiri okey -BAHASA JIWA BANGSA-



Salah satu sasaran pihak pembangun dan penyokong pelayar web sumber terbuka popular, Firefox pada tahun ini adalah melancarkannya dalam bahasa Malaysia, dan sehingga kini, projek tersebut berkembang dengan positif dimana sehingga kini, telah lebih daripada 89% perkataan dan istilah diterjemahkan, dan semakin menghampiri untuk dilancarkan bersama-sama dengan Firefox kelak.
Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah sokongan bahasa Malaysia akan diperkenalkan bersama-sama dengan Firefox. Sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat Firefox dalam sokongan Bahasa Malaysia seawal Firefox 10 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Tetapi sekiranya tidak berkesempatan, mungkin kita akan dapat melihatnya pada Firefox 11 kelak. Untuk bersama-sama menjayakan perkara ini, mungkin anda turut sama boleh menyumbangkan tenaga dalam menterjemahkannya, dengan menyertai komuniti Mozilla Malaysia, dan mendaftarkan diri sebagai pembantu bebas.


 

sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .