Kerentanan Sekuriti Kernel Linux


Baru-baru ini, satu kerentanan sekuriti telah ditemui oleh Jüri Aedla yang mana ia boleh membawa kepada kegagalan kernel Linux untuk menyekat akses ke fail /proc/mem. Apabila kerentanan ini diekploitasi, penyerangnya boleh mendapatkan kelebihan Root dan seterusnya mampu merosakkan keseluruhan sistem. Menurut firma sekuriti Secunia, kelompangan ini ditemui pada kod Linux bermula dari Mac 2011 dan memberi kesan pada versi 2.6.39 ke atas. Bapa kepada Linux, Linus Torvalds telah pun memasukkan patch pada repositori Linux bagi membaiki masalah ini. Beberapa vendor Linux seperti Ubuntu dan Red Hat telah pun mengeluarkan patch untuk distro masing-masing. Beberapa pihak juga mengesahkan yang Android versi 4 juga turut mengandungi kelemahan yang sama dan terdedah kepada serangan.

Langkah terbaik masa ini adalah kemaskini distro Linux anda secepat mungkin.

sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .