Siapa kata Linux tiada game yang gempak ?

Oil Rush merupakan permainan strategi perkapalan masa nyata yang menggabungkan strategi RTS klasik dan Tower Defense.
Apa yang menarik, selain permainan ini mempunyai 3D amat kemas serta menggunakan enjin UNiGiNE ia turut dibawa ke plantar Linux. Walaupun, ramai pembangun perisian lebih tertumpu kepada Windows nampaknya Unigine Corp. membawa arah yang bertentangan dari pilihan populis bagi permainan Oil Rush.




Rasanya, permainan ini sudah lama dikatakan oleh pihak pengeluar untuk dipindahkan ke platform Linux, hampir setahun kalau tidak silap.
Bagaimanapun, Unigine Corp. baru-baru ini dengan rasminya telah pun mengeluarkan versi penuh yang boleh dibeli melalui laman rasminya dengan harga USD 19.95 atau sekitar RM 61.46. Agak murah harganya berbanding permainan asli lain yang mempunyai kualiti sebegini.



sumber

1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .