Linux Symbian Belle Dalam Nokia Belle





Belle membawakan peningkatan dan paparan yang baru jika dibandingkan dengan versi yang sebelum ini. Banyak maklum balas yang diterima mengatakan paparan Nokia Belle ini seakan-akan Linux Android. Antara peningkatan pada Belle adalah pembaharuan pada widget, lebih banyak pilihan untuk penyesuaian, dan dan aplikasi serta fungsi NFC (bagi peranti yang dilengkapi NFC sebagai contoh Nokia C7). 

Berikut adalah ciri-ciri yang terkandung pada Nokia Belle :

1. Pelbagai bentuk, saiz dan widget langsung – widget seperti jam, email pemain muzik, dan kalendar telah direka bentuk semula dan didatangkan didalam lima saiz yang berbeza-beza. Ianya juga boleh diatur secara bebas pada paparan skrin. ‘Toggle’ widget juga diperkenalkan bagi memudahkan pengguna mengaktifkan bluetooth atau menukar profail

2. Lebih skrin utama (homescreen) – Jika pada Symbian Anna anda hanya boleh menggunakan 3 sahaja skrin utama tetapi tidak pada Nokia Belle. Ianya telah ditambah dari 3 ke 6 skrin utama.

3. Pengenalan bar status – Ianya adalah tab pemberitahuan yang menggabungkan tetapan biasa dan pemberitahuan mesej masuk, panggilan tidak dijawab, dan lain-lain.

4. Bar navigasi dan menu – Bar navigasi dan tetapan pada bahagian bawah screen juga dibaharui. Ianya bertetapan dengan peralihan Nokia ke Qt Framework dan kelihatan hampir sama dengan Nokia N9.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .