Phishing Dan Hacker

 

Apa itu Phishing. Phishing kata mudah dalam bahasa melayu ialah pancing, adalah satu cara mendapatkan maklumat peribadi seperti kata laluan, no ID, nombor akaun, nombor kad kredit dan sebagainya secara tidak sah. Maklumat ini kemudian akan dimanfaatkan oleh pihak penipu untuk mengakses akaun, melakukan penipuan kad kredit atau menggalakkan mangsa untuk melakukan pemindahan wang ke akaun tertentu dengan janji-janji seperti memenangi hadiah, pertandingan dan sebagainya.

Bagaimana jenayah phishing ini dilakukan ?
  • Meminta maklumat peribadi melalui laman sosial
  • Laman web palsu
  • e-mail / sms
  • Messaging
  • Menggunakan gambar atau logo palsu
  • Spyware

Cara elak dari jenayah phishing
  • Jangan berikan maklumat peribadi kepada orang yang tak dikenali
  • Jangan paparkan e-mail pada laman sosial, blog atau dimana saja.
  • Lihat URL laman web (alamat laman web) pastikan betul
  • Jangan balas e-mail yang tidak pasti kesahihannya
  • Jangan guna komputer awam seperti di pusat assces(cybercafe) dan makmal komputer
  • Jangan percaya sms dari no yang tidak pasti ( sms yang betul dari operator atau kerajaan tidak mempunyai no sebagai contoh jika celcom akan keluar nama celcom bukan no )

*Yang penting sekali jangan mudah percaya, sila siasat dahulu, tu yang beli barang online dapat lesung batu tu ^^v Kadang-kadang tempat kita beli tu betul dah, masalah orang kedua pulak.. siapakah?

4 comments:

  1. oh cmtu..nk pi check fb ade x email..keh3
    thanks yaw!

    BalasPadam
  2. Salam.

    Nak tanya, FBI takkan mintak maklumat peribadi melalui email kan?

    BalasPadam
  3. Misalannya si phisher ni tahu about nama & no. akaun kita, ada risiko apa apa tak? Better tukar yg baru ke?

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .