Anda dan Earth Hour 2012


Earth Hour 2012 bakal tiba pada 31hb ini dan apakah sumbangan anda terhadap Earth Hour kali ini. Dunia sedang menderita. Perasan atau tidak sekarang ni. Hujan tak menentu, suhu semakin meningkat dan bencana alam semakin teruk. Pemanasan global. Peningkatan suhu dunia. Puncanya mudah, dari manusia itu sendiri. Isu pemanasan global sudah lama, tapi kesedaran itu masih kurang.

Sebut tentang  Earth Hour ada sesetengah pihak menyatakan bahawa Earth Hour hanyalah Muslihat Yahudi. Sebenarnya Earth Hour bukanlah datang dari Yahudi mahupun barat. Tetapi dari selatan iaitu Sydney Australia. Australia yahudi kah? Tidak bukan. Yahudi hanyalah sebuah negara kecil yang diberi nama Israel. Bukan semua negara barat itu yahudi.

Earth Hour mula-mula dilancarkan pada 2007 di Sydney. Earth Hour memberi ruang kepada dunia untuk sejuk buat seketika setelah menahan suhu yang tinggi setiap hari. Dalam program ni, kita disarankan untuk menutup peralatan elektrik yang mehasilkan haba selama sejam dengan tujuan untuk mengurangkan suhu persekitaran.

Dalam masa 60 minit adakah ia berbaloi untuk mengurangkan kesedihan dunia? Kalau dipandang pada usaha seorang tutup lampu selama sejam, memang tak berbaloi. Tak berkurang pun suhu bilik tu, kalau amik termometer pun tak turun suhu kat termometer tu. Tapi bila dipandang dari sudut 1 Dunia, ia cukup menyumbang untuk mengurangkan suhu dunia. Bayangkan satu negara seperti Malaysia, separuh daripadanya penduduknya menyertai Earth Hour dah berapa juta orang ? Kalau seluruh dunia? Ramai kan. Bergelap untuk seketika, bukankah ia suasana romantik? Selain tu, boleh gak jimat bil elektrik buat seketika.

Disini admin meyeru sepuya rakan-rakan megambil bahagian dalam Earth Hour kali ini pada 31hb mac 2012 8:30 malam - 9:30 malam bukan susah pun hanya tutup lampu, tutup internet tutup lappy tutup TV dalam masa 60 minit mudah kata tutup segala yang mehasilkan haba. Jika terlalu gelap.. takut la katakan cukup lah hanya meyalakan sebatang lilin. Masa depan dunia berada di tangan anda sekarang.



7 comments:

  1. pelik kan,wat sikit je dah kaitkan yahudi..check la betul2 kan.

    this year insyaAllah akan join. suka kempen macam ni.last year tak join coz keluar makan dengan arwah,balik2 tengok dah setel.cehh terlepas.rugi2.

    yang kelakar setiap tahun mesti berlawan dengan jiran.kami tutup baru dia tutup.kami sje lambat bukak,pun dia xnak bukak.bila kami bukak,dia bukak gak.hahah..karenah sungguh.

    BalasPadam
  2. pernah join earth hour nie time belajar lu.. syok lepak2 kat luar sambil merapatkan silaturrahim.. betul2..kesian kat bumi nie. Jom join esok :)

    BalasPadam
  3. konspirasi yahudi semua ini !

    BalasPadam
  4. http://aku-macjay.blogspot.com/2011/03/konspirasi-yahudi-dalam-earth-hour.html

    faham kan la k.

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .