Berita Hacker : Terus godam

 

KUALA LUMPUR: Selepas mendakwa berjaya menggodam laman facebook yang ditubuhkan kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura baru-baru ini, sebuah kumpulan penggodam bergelar ‘Dragon Force’ meneruskan aktiviti berkenaan terhadap beberapa laman web dipercayai menghina agama Islam.

Kumpulan berkenaan kali ini mendakwa melumpuhkan sebuah laman web, ‘Burn The Quran’ yang secara terang-terangan menghina kitab suci agama Islam apabila menyediakan aplikasi bagi membolehkan pelawat ‘membakar’ al-Quran.

Kumpulan itu yang dihubungi menerusi e-mel berkata, aplikasi berkenaan menyediakan satu butang bertulis ‘burn it’ di bawah satu paparan gambar senaskhah al-Quran dan gambar berkenaan seolah-olah terbakar setiap kali ditekan.

“Setiap kali butang berkenaan ditekan pengunjung laman web itu, jumlah al-Quran yang dibakar akan meningkat malah sebelum laman itu dilumpuhkan jumlah kononnya kitab suci itu dibakar adalah sebanyak 237,360.

“Selain mengajak membakar kitab suci al-Quran satu persatu di alam maya, laman itu turut memaparkan penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad dengan lukisan kartun tanpa memakai baju,” katanya.

 Dibawah gambar site tersebut :-

 


1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .