DDoS dan Hacker


Apa itu DDoS/DOS
sebelum meperkenalkan apa itu DoS dan DDoS ingin dinyatakan di sini serangan DDoS bukanlah akibat dari virus tetapi ia merupakan satu cara bagi “Hackers” untuk mengelak atau menghalang pengguna yang sah dari mengakses ke computer atau server… DoS adalah singkatan kepada Denial of Service manakala DDoS adalah bermaksud Distributed Denial of Service. kebiasaannya, pengguna hanya perlu menghantar pesanan kepada pelayan untuk mendapatkan pengesahan. Setelah disahkan, pelayan akan menghantar pengesahan kepada pengguna semula. Setelah itu barulah pengguna diberi laluan ke pelayan…

tapi bila serangan DoS berlaku, penyerang akan menghantar beberapa pesanan pengesahan kepada pelayan dengan alasan untuk memenuhi ruang pelayan tersebut. Kesemua pesanan akan mempunyai alamat yang palsu apabila cuba dikembalikan, jadi pelayan akan cuba mencari pengguna-pengguna ini terlebih dahulu apabila ia cuba mengembalikan pengesahan pesanan tadi. Seterusnya pelayan akan berhenti seketika sehingga memakan masa beberapa minit sebelum menutup sambungan tersebut. Setelah selesai menutup sambungan tersebut, penyerang akan menghantar lagi beberapa pesanan palsu sekali lagi dan proses akan bermula sekali lagi. Sekaligus akan mengikat perkhidmatan tersebut tanpa putus-putus.

Gambaran serangan DDoS

Cara terbaik untuk mencegah serangan DDoS pada site anda adalah memastikan penyedia web host anda telah menerapkan langkah-langkah keselamatan yang akan menghentikan serangan DDoS.

**untuk pengatahuan anda semua teknik DDoS ini digunakan dulu sewaktu menyerang portal kerajaan pada16hb Jun 2011. Berita TV3



11 comments:

  1. ni sebab knp blog di hack ke ape ni?kurang paham.

    BalasPadam
  2. DDoS salah satu cara nak hack..

    BalasPadam
  3. owh,ada gmbaran sikit2 tp still xbape clear sbb xnmpak bende tu dpn mata.

    BalasPadam
  4. DDoS ni adalah untuk melumpuhkan site.. dgn kata lain x boleh nk aksess

    BalasPadam
  5. sebagai contoh ibarat sebuah kedai kene serbu dgn pelangan yg ramai..
    scra tidak langsung boleh melumpuhkan perhidmatan di kedai itu bukan.. sebab DDoS adalah serangan secara berkumpulan

    BalasPadam
  6. means,kedai tu hacker dan pelanggan tu blogger?lebih kurg mcm tu ke?

    BalasPadam
  7. Kedai tu sbgai website atau blog.. pelanggan tu sebagai hacker

    BalasPadam
  8. kunjungan hangat.. kunjung balik yach. jangan lupa follow nya.. :D

    BalasPadam
  9. tool apa yg dorg pakai tu.. x brapa nak fham sgt bab ni

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .