Virus baru ditemui : Malware DNS Changer

 

Apa itu DNS Changer ?

DNS Changer ialah perisian merbahaya (malware) yang menukar tetapan Domain Name System (DNS) pengguna, untuk mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki.




Apakah itu malware DNS Changer?

Pada November 2011 malware ini dikesan. DNS Changer ialah sejenis trojan yang akan mengubah tetapan Domain Name Server (DNS) komputer yang dijangkiti, dalam usaha untuk mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki. Trojan ini kebiasaannya merupakan fail bersaiz kecil (sekitar 1.5 kilobytes) yang direka untuk menukar nilai kunci pendaftaran 'nameserver' kepada alamat IP tersendiri. Alamat IP ini biasanya telah di encrypt didalam fail trojan tersebut. Hasil daripada perubahan ini, komputer mangsa akan menghubungi pelayan DNS yang baru (yang telah diubah tetapan oleh DNS Changer) untuk menafsirkan nama pelayan web kepada IP yang berlainan. Virus ini juga menyerang sistem operasi Windows dan Macintos. Bagi penguna Linux selamat lah.


Untuk memudahkan anda menyemak adakah komputer anda terjejas ataupun tidak dengan pantas sila ke laman DNS Changer . Selain itu, pihak CyberSecurity turut sama menyediakan beberapa aplikasi untuk membuang dan menghapuskan trojan tersebut dengan mudah, disamping mengekalkan tahap keselamatan komputer anda jika komputer anda dijangkiti.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .