Fenomena astronomi transit planet Zuhrah 6 Jun 2012



Apakah Itu Transit?
“Transit” merujuk kepada peristiwa di mana objek yang lebih dekat kelihatan lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih jauh. Transit berlaku apabila 3 objek berada sejajar atas garisan lurus. Transit melibatkan:
•laluan planet inferior (planet Utarid atau Planet Zuhrah) melintasi cakera Matahari atau
•laluan satelit planet atau bayangnya melintasi permukaan planet

Apakah Itu Transit Zuhrah?

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet Zuhrah melintas di antara Matahari dan Bumi dan dapat dilihat pada permukaan Matahari. Semasa transit, Planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi di hadapan permukaan Matahari jika dilihat menerusi penuras Matahari.
Geometri Transit Zuhrah


Kekerapan Berlakunya Transit Zuhrah
Planet Zuhrah melengkapkan satu pusingan mengorbit Matahari selama 224.7 hari. Kita sepatutnya dapat melihat fenomena ini pada setiap kali Zuhrah melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi Matahari tetapi ini tidak berlaku kerana satah (permukaan) orbit Zuhrah dan Bumi tidak sama, iaitu satah orbit Zuhrah condong sebanyak 3 darjah daripada satah orbit Bumi. Ini menyebabkan planet Zuhrah akan melintasi sama ada di atas atau di bawah Matahari. Transit Zuhrah berlaku apabila Matahari, Zuhrah dan Bumi berada sejajar di atas satu titik persilangan di antara dua satah orbit Bumi dan Zuhrah. Transit Zuhrah berlaku ulangan dalam selang 8, 105.5, 8 dan 121.5 tahun.
 

Kenampakan Transit Zuhrah Dari Malaysia
Transit Zuhrah yang akan berlaku pada 6 Jun 2012 akan dapat dilihat dari semua tempat di Malaysia. Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Transit Zuhrah sejak Matahari terbit sehingga transit berakhir pada pukul 12:49:57 pm. Transit Zuhrah kali ini bermula (sentuhan I) pada pukul 06:09:29 am, berada di fasa maksimum pada jam 09:29:28 am dan berakhir (sentuhan IV) pada jam 12:49:57 pm. Jadual di bawah menunjukkan waktu mula transit, waktu sentuhan dan waktu transit berakhir mengikut waktu Malaysia. Penduduk di Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa Transit Zuhrah berlaku kerana Matahari telah terbit sebelum Transit bermula manakala penduduk di Semenanjung dan Sarawak dapat menyaksikan Transit Zuhrah apabila Matahari terbit. Fenomena ini akan dilihat pada tahun 2117.


Sumber: http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/transit12.html 

3 comments:

  1. oh.. terima kasih cuz share :) baru cx tau psl ni

    BalasPadam
  2. boleh tgk ngan mata kasar ke Safuan ..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 333 .

    Nanti awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link
    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya kita gunakan peluang ini untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .