Firefox 13 akan dilepaskan 4 Jun ini


Seperti biasa, pihak pembangun pelayar web sumber terbuka popular, iaitu Mozilla telah pun memuat-naik versi pembangunan akhir untuk Firefox 13 pada pelayan FTP mereka, dan sedia untuk dimuat-turun semua terlebih dahulu, sebelum ianya dilancarkan secara rasminya pada 4 Jun iaitu pada hari esok.


Melalui Firefox 13, ia membawakan beberapa fungsi baru pada pelayar web tersebut, dan salah satunya adalah “Tab On Demand”. Fungsi ini membolehkan pelayar web Firefox mengurangkan masa untuk memulakan kembali pelayar web, dimana anda boleh memilih tab yang ingin dimulakan, dan bukan semua tab dimulakan pada sesuatu masa ketika pelayar web tersebut dibuka.

Pada masa yang sama, perubahan yang tampak berbeza adalah halaman tab baru pada Firefox 13 kini direkabentuk dengan lebih baik, dan menyertakan pilihan untuk melihat thumbnail laman kegemaran anda ataupun sebaliknya. Firefox 13 juga menampilkan pengurus muat turun yang dioptimumkan yang akan menawarkan pengguna satu cara yang lebih baik untuk mengendalikan kerja-kerja download.

Sokongan reset kembali pelayar web, iaitu fungsi yang diumumkan baru-baru ini oleh Firefox turut sama boleh digunakan oleh para pengguna, untuk menetapkan kembali pelayar web Firefox seperti pada asalnya.
Bagi anda yang ingin mencubanya terlebih dahulu sebelum pengumuman rasmi pihak Mozilla, boleh memuat-turun sendiri pelayar web Firefox 13 disini.


Sumber : amanz.my
Sumber : softpedia

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .