Letak Mesej Rahsia Pada Gambar

Sebelum ini kita mengunakan CMD untuk melakukan kerja-kerja ini. Sekarang telah ada perisian yang mudah digunakan dan sesiapa sahaja boleh mengunakannya.

Untuk membuatnya, terlebih dahulu anda dikehendaki memuat-turun aplikasi DeEgger Embedder yang ditawarkan secara percuma dan bersaiz sekitar 500kb. Sebaik sahaja anda selesai memasangnya, sebuah tetingkap akan muncul, dengan pilihan untuk Combine, dan Extract.
Untuk mengabungkan dan menyertakan mesej tersembunyi pada sesuatu gambar, anda hanya perlu memilih Combine, dan pada bahagian Host File, masukkan fail berbentuk gambar, video atau audio. Dan pada bahagian Embed, masukkan fail yang ingin disembunyikan. Klik pada Combine apabila selesai, dan sebuah fail baru akan dihasilkan.



Sekiranya dilihat, fail yang dihasilkan akan menyerupai sepenuhnya seperti fail gambar, video atau audio yang asal, dimana anda boleh memainkannya seperti biasa. Ia sekaligus menjadikannya agak selamat sekiranya anda ingin menghantar kepada pihak lain dan sebagainya.
Dan untuk membuka fail tersembunyi tersebut, anda memerlukan perisian yang sama, iaitu DeEgger Embedder untuk membukanya. Sebaik sahaj memilih pilihan Extract, anda boleh terus melihat fail dokumen tersembunyi yang didatangkan bersama-sama dengannya.



Jadi, kini dengan mudah anda turut sama boleh menyembunyikan fail dalam gambar mahupun video dan menghantar kepada rakan-rakan anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang aplikasi berbentuk steganografi menarik yang lain, jangan lupa berkongsi dengan kami.

Sumber : diubah suaikan

2 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .