Meningkatkan Tahap Keselamatan Akaun Facebook


Elakkan phishing
Phishing ialah kaedah untuk mendapatkan akses akaun pengguna lain dengan mengumpannya supaya memberikan email dan password anda. Phishing boleh dihantar melalui email, inbox atau wall anda.
Elakkan juga daripada menekan apps yang mencurigakan yang memerlukan anda mengakses dengan password anda.

Elakkan keylogger
Keylogger boleh di"tanam" di komputer atau dihantar kepada anda melalui fail. Pastikan anda berhati-hati dalam download sebarang software yang telah di "crack".

Gunakan password yang baik
Password yang baik ialah password yang tidak ada kaitan dengan diri anda sama ada tarikh lahir, nama bf/gf/suami/isteri/,nombor telefon. Jikalau boleh, gunakan aksara !@#$%^&* .

Elakkan dari social engineering
Elakkan daripada memberitahu email dan password anda kepada orang lain. Dont trust anyone :)

Elakkan sniffing
Sniffing boleh dilakukan melalui wifi percuma dan akses Internet percuma sama ada KFC or kedai mamak. Pastikan anda enable kan HTTPS di akaun Facebook anda.

Dapatkan pengesahan login
Gunakan nombor telefon anda untuk mendapatkan pengesahan login daripada telefon anda. Enable kan telefon anda di akaun Facebook anda.


Usahakan login sekali dalam sehari
Usahakan untuk login sekali dalam sehari sekiranya anda ragu-ragu untuk meletakkan nombor telefon anda di akaun anda. Ini dapat mengelakkan akaun daripada di brute force oleh sesiapa yang mengetahui jawapan di soalan keselamatan di akaun anda.

Pastikan email digunakan telah disahkan
Sesekali HK akan login di siber kafe dan pada pengamatan HK, banyak antara pengguna Facebook tidak mengesahkan email di akaun Facebook mereka. Sama ada mereka terlalu bodoh untuk tidak melakukan pengesahan atau tidak tahu membuat email dan hanya meletakkan email sembarangan di bahagian pendaftaran akaun Facebook tidaklah HK ketahui. HK nasihatkan jangan mengikuti perangai mereka ini.
**Tidak semestinya facebook sahaja.. akaun lain-lain juga
sumber : copy paste

1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .