Opera 12 Dilepaskan


Walaupun Opera tidak lah pelayar web tekemuka dunia seperti Mozilla Firefox tetapi kedudukan ia masih stabil dan boleh diterima umum dan menjadi pilihan pelayar web sumber terbuka kedua selepas Mozilla Firefox. 

Melalui Opera 12, ia menambah sokongan tema padanya, membolehkan para pengguna mengubah paparan antaramuka pelayar web mereka mengikut citarasa masing-masing. Selain daripada lebih pantas dengan prestasi yang lebih baik, Opera juga memfokuskan kepada sekuriti, dimana kini ia memperlihatkan notifikasi apabila sesuatu laman ingin mendapatkan informasi anda, seperti lokasi, mahupun ingin mengakses webcam dan sebagainya. Opera 12 turut sama membawakan sokongan yang lebih baik untuk HTML5, disamping menyertakan sokongan hardware acceleration bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Opera 12 hari ini untuk desktop Windows, Linux mahupun OS X, dan mencubanya sendiri.

 
 
Sumber : diubahsuai

2 comments:

  1. saya guna opera dalam handphone je . hehe :)

    cik mun blogger

    BalasPadam
  2. dah macam google chroome dah eh? opera dalam hp je pernah guna.. hee..

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .