Pengguna kini boleh sunting komen di Facebook


Bagi pengguna yang kerap membuat kesalahan tidak sengaja dan memalukan semasa mengemas kini status atau menghantar komen di Facebook, kini mereka boleh menarik nafas lega.

Kelmarin, laman sosial gergasi itu mengumumkan, pengguna kini boleh menyunting komen mereka tanpa perlu memadamkan keseluruhan status atau komen seperti sebelum ini. Jurucakap Facebook, Johanna Peace berkata, proses penyuntingan tersebut tidak akan menjejaskan secara langsung keseluruhan perbualan kerana mereka turut menyediakan semakan kepada pengguna.


Anda juga boleh melihat apakah komen yang telah disunting itu, dimana Facebook menyediakan sebuah pautan khas untuk rujukan melihat latar disebalik perubahan yang dilakukan pada sesuatu komen.
 
Sumber : Sinar Harian ( diubah suai )

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .