Cara Buat Video Karaoke

Berikut merupakan proses pembikinan Video karaoke tersebut : Lagu Negaraku

1.Dapatkan gambar Jalur Gemilang dari Wikipedia.
2.Dapatkan lagu Kebangsaan Negara dari Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.
  • Ada 2 fail audio iaitu instrumental dan bersuara tetapi masanya tidak sama.
3.Guna PiTiVi untuk segerakkan audio bersuara dengan audio instrumental.
  • Muatkan kedua-dua audio tadi dan suntingkan.
  • Muatkan gambar Jalur Gemilang dan sunting masa mengikut masa audio yang telah disuntingkan tadi.
  • Simpan sebagai sandaran.
  • Eksport kepada 2 fail .mkv
  1. Gambar berserta audio bersuara (video bersuara)
  2. Audio instrumental tanpa gambar

4.Gunakan Aegisub untuk segerakkan lirik dengan audio
  • Pecahkan ayat menjadi suku kata untuk segerakkan dengan suara
  • Tulis sendiri atau dapatkan kod-kod untuk kesan khas lirik anda
  • Simpan fail tersebut dalam format .ass

5.Gunakan Avidemux untuk hardsub lirik ke video
Nota: Ini adalah untuk keserasian untuk pemain yang tidak boleh membaca fail .ass. Boleh abaikan jika mahu.
  • Buka video bersuara
  • Pada Format pilih MKV
  • Pada Video – Pilih format yang anda suka
  • Klik Filters, pada tetingkap seterusnya klik Subtitles, dwi-klik ASS, pilih fail .ass anda tadi. Anda boleh pra-tonton video atau tutupkan bila selesai.

  • Klik File, Add To Joblist, masukkan nama untuk kerja tersebut dan pilih tempat simpanannya.
  • Klik File, View Joblist, pilih kerja tadi dan jalankannya.

6.Gunakan mkvmerge GUI untuk satukan Video berlirik (hardsub) dengan audio instrumental
  • Buka fail yang telah siap dari Avidemux tadi
  • Klik Add dan pilih fail Audio instrumental tanpa gambar yang dibuat dengan PiTiVi
  • Buang (nyahkan tanda pada kotak) Global Tags (kepunyaan fail audio Instrumental)
  • Tambahkan sekali fail .ass tadi sekali terutamanya jika anda abaikan langkah 5.
  • Klik Start muxing

7.Setelah selesai kesemua proses anda bolehlah mainkannya menggunakan pemain yang menyokong format mkv.

Dimainkan dengan Vlc – boleh pilih audio bersuara atau instrumental (boleh buat karaoke).



 
Hasil Video
 

Video yang mempunyai 2 audio boleh dapatkan pada pautan di bawah (klik kanan dan pilih Save Link As
Negaraku [2-Audio]

#Tutorial ini hanya untuk penguna sumber terbuka iaitu Linux, Sila gunakan sistem operasi Linux bukan Microsoft Windows

Sumber (copy paste)

3 comments:

  1. Ulasan yang anda berikan sangatlah lengkap, saya akan merekomendasikan blog ini kepada teman-teman saya, karena blog ini sangatlah bermanfaat..

    BalasPadam
  2. fuyooo terbaik la....pasni bole try2 buat lak haha

    BalasPadam
  3. ang lah babi...

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .