Eksperimen Wajah Baru YouTube


Google menguji satu lagi antara muka laman utama YouTube yang dikenali sebagai "carousel" dimana ia disusun dengan menarik dalam bentuk kotak-kotak kecil.. Google sedang mencuba rekabentuk antaramuka web YouTube yang baru, kelihatan lebih menarik daripada sedia ada.

Namun, daripada apa yang admin uji, ia hanya boleh digunakan sekiranya anda tidak log masuk ke dalam akaun YouTube sahaja, dan apabila anda log masuk, ia kembali seperti sedia kala.
Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh melakukannya dengan mudah, dimana hanya perlu membuka laman YouTube.com. Kemudiannya, buka panel khas pada pelayar web anda dengan menekan:
  • Pada Chrome, tekan Shift + Ctrl + J
  • Pada Firefox, tekan Ctrl + Shift + K
  • Pada Opera, tekan Ctrl + Shift + I, dan pilih Console
Seterusnya masukkan kod berikut dan tekan butang Enter.

document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=eKxEWQ3xcc8; path=/; domain=.youtube.com";window.location.reload();

Laman YouTube.com akan di refresh secara automatik, dan anda akan dapat melihat rekabentuk yang baru ini.




Untuk maklumat lanjut klik sini

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .