Muat Turun Facebook Messenger


Setelah memperkenalkan Facebook Messenger hanya untuk platform Windows 7 sebelum ini, nampaknya kini pihak pembangun Facebook terus memperluaskan sokongan desktop untuk aplikasi tersebut, dimana terkini ia turut sama menyokong Windows XP dan juga Vista.

Dengan menggunakan aplikasi tersebut, ia membolehkan para pengguna mengakses sokongan permesejan daripada Facebook terus pada desktop anda, dan menggunakannya dengan lebih pantas, tanpa perlu ke web Facebook.com seperti biasa.

Selain daripada Message, ia juga turut sama menyediakan notifikasi untuk komen baru, tag gambar, dan pelbagai perkara lain, sekaligus memudahkan anda mengikuti perkembangan di Facebook terus daripada desktop anda.

Sekiranya anda merupakan pengguna Windows XP, Vista mahupun Windows 7, anda boleh memuat-turun facebook Messenger untuk Windows, dan menggunakannya pada desktop anda hari ini

2 comments:

  1. pnah donlod dlu pastu ase nyemak je...then uninstall..hihi

    BalasPadam
  2. sekarang pun guna FM nie.. hehe.. tapi bila off pun timbul jugak byk kali, pesal ntah.

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .