Perkhidmatan Mesej & Panggilan Percuma


Sebagai alternatif lain, salah satu aplikasi yang meningkat popular dikalangan pengguna tempatan akhir-akhir ini adalah LINE. Apa yang menarik dengan LINE berbanding platform permesejan yang lain adalah sokongan perisian untuk komputer (Windows), selain daripada aplikasi mudah-alih untuk platform iPhone, Android dan juga Windows Phone.

 LINE, seperti pelbagai aplikasi permesejan yang lain, menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma, dan para pengguna sekadar memerlukan talian internet padanya, untuk penghantaran dan penerimaan data. Memandangkan sememangnya kebanyakkan pengguna telefon pintar mempunyai akses internet, ia mungkin bukan suatu masalah yang besar dalam menggunakannya. Dan bertambah menariknya dan apa yang kami gemarkan mengenai LINE adalah sokongan panggilan suara yang turut disertakan.

Ia juga turut menyertakan sokongan stiker dan juga emoticons, membolehkan anda menghantar mesej dalam bentuk interaktif dan menarik lagi berbanding aplikasi yang lain. Ia turut menyertakan sokongan permesejan secara berkumpulan, selain pelbagai sokongan asas yang lain padanya.


Sumber ( Diringkaskan )

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .