83 Juta Akaun Facebook Adalah Palsu


Dengan Facebook yang semakin menghampiri angka pengguna seramai 1 billion pengguna iaitu mempunyai 955,000,000 akaun berdaftar di seluruh dunia. Namun begitu, jumlah itu tidak mencerminkan semua akaun pengguna tersebut adalah benar.

Terbaru, Facebook telah mengeluarkan kenyataan bahawa kira-kira 8.7 peratus atau lebih dari 83 juta akaun adalah akaun palsu. Sebanyak 4.8 peratus jumlah akaun yang didaftarkan adalah disebabkan akaun atau profil pendua yang telah dibuat. 2.4 peratus daripada akaun pula adalah terdiri daripada akaun pengguna yang tidak dikelaskan iaitu terdiri daripada profil peribadi untuk perniagaan atau haiwan kesayangan, dan baki kira-kira 1.5 peratus daripada akaun pengguna pula terdiri daripada spammers.

Walaubagaimanapun, menurut Facebook, angka tersebut mungkin tidak begitu tepat, dan mungkin juga lebih tinggi ataupun sebaliknya. Namun, dengan kini Facebook yang benar-benar memfokuskan kepada pendapatan melalui pengiklanan, angka ini mungkin benar-benar memainkan peranan penting kepada pihak Facebook.

2 comments:

  1. ape x nye..mmbe sy pn ade 5 acc fb..dats why la bnde ni blaku..:)

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .