Android Kini Di Kamera Nikon

Nikon nampaknya akan menjadi syarikat kamera pertama yang akan menggunakan platform Android pada kamera mereka, dimana kini mereka telah pun memfailkan Coolpix S800 pada Indonesian Communication Agency. Ia dikatakan akan menggunakan Android 2.3 dengan sokongan mengakses aplikasi daripada Google Play Store.

Nikon Coolpix S800 ini juga dikatakan akan membawakan GPS dan WiFi terbina, serta skrin OLED 3.5-inci padanya. Spesifikasi lain untuknya masih tidak diketahui, dan mengikut laporan, ia disasarkan untuk pelancaran pada 22 Ogos ini.

Sekiranya benar ia akan berasaskan Android, maka mungkin ia turut sama akan memudahkan para pengguna menggunakan pelbagai ciri-ciri sosial, termasuk perkongsian ke Facebook, Twitter, malah Instagram terus daripada kamera.

sumber 

4 comments:

  1. terasa nak beli lah pulak untuk gadjet taun ni

    BalasPadam
  2. muhun belikan . terima kasih :)

    BalasPadam
  3. nikon dah menerajui ke depan berbanding canon...fulamak nanya gini...

    folo GBS cini :)

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .