Hotmail dan Livemail Dijenamakan Semula Sebagai Outlook


1hb Ogos Microsoft telah pun memperkenalkan kemaskini kepada perkhidmatan emel mereka iaitu Hotmail dan Livemail, dimana perkhidmatan terbaru mereka kini dipanggil sebagai Outlook, sekaligus membawakan antaramuka baru yang berasaskan Metro, selain daripada hanya penjenamaan semata-mata.

 
 
Bagi para pengguna sedia ada Hotmail mahupun Livemail, anda boleh log masuk ke laman www.Outlook.com dengan akaun sedia ada, dan menikmati fungsi dan antaramuka baru yang dibawakan bersama dengannya.

Selain daripada hanya emel sahaja, Outlook lebih kepada menjadi hab komunikasi para pengguna, dimana ia turut sama didatangkan dengan integrasi pelbagai perkara, termasuk Facebook, LinkedIn, Twitter dan sebagainya. Ia juga turut sama akan diintegrasikan dengan perkhidmatan Microsoft yang lain, termasuk Office Web Apps, SkyDrive, dan juga sokongan panggilan video terus daripada emel melalui Skype.

Dalam hanya beberapa jam sahaja ia dilancarkan yang mana angka berdaftar untuk menggunakan perkhidmatan Outlook telah pun melangkaui angka 1 juta pengguna. Anda bila lagi mahukan email @outlook.com anda.

3 comments:

  1. eh... tp, kalau mmg email @hotmail sebelum ni, automatik akan bertukar jadi @outlook atau still the same?

    BalasPadam
  2. berita baik,wa takde hotmail..ekeke

    BalasPadam
  3. outlook yg slalu pop out hantar emel tu?

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .