Lee Chong Wei Kalah Baskin Robbins Digodam


Dalam perlawanan akhir Chong Wei menentang Lin Dan, beliau tewas pada set ketiga dengan mata sebanyak 19-21, membuatkan Chong Wei terpaksa pulang dengan pingat perak. Namun begitu, semangat yang diperlihatkan beliau menerima pujian rakyat Malaysia, disamping sokongan yang dinyatakan ramai melalui laman sosial, terutamanya Twitter dan Facebook.

Sebelum ini, Baskin Robbins mengumumkan, sekiranya Malaysia memenangi pingat emas, mereka akan memberikan ais krim percuma di semua cawangan Baskin Robbins seluruh Malaysia kepada pelangan di  pada 8 Ogos ini, bermula 8 malam sehingga 10 malam.

Lanjutan daripada perlawanan badminton yang diadakan di Sukan Olimpik yang berlangsung di London, kini salah sebuah kumpulan pengodam tempatan nampaknya telah menambah sebuah fail khas pada laman Baskin Robbins Malaysia, dengan mesej berkaitan kekalahan Lee Chong Wei dan ia menuntut ais krim percuma. Tetapi kini laman Baskin Robbins Malaysia kini telah kembali normal. Walaupun Chong Wei hanya memperolehi pengat perak Baskin Robbins tetap akan memberikan aiskrim percuma.



6 comments:

  1. 8 hari bulan UPM keluar result exam final ayark hahhhaa

    BalasPadam
  2. hurmmm.. sbb 1 scoop , sanggup menggodam..adess~

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .