Logo Baru Microsoft


Microsoft telah lama wujud sejak 1975. Pada masa itu, Microsoft telah melancarkan Windows revolusioner 95/98, Windows XP/ME/NT/2000 longevive, Windows Vista, Windows 7 dan terbaru Windows 8.

Setelah 37 tahun, gergasi perisian Microsoft hari ini memperkenalkan logo baru untuk penjenamaan dan korporat syarikat tersebut. Logo baru tersebut mengetengahkan konsep Metro dan lebih membawakan rekabentuk yang konsisten terhadap kesemua produk yang dibangunkan oleh syarikat tersebut.

Berbeza dengan logo terdahulu, logo baru ini mempunyai gabungan teks dari muka tiap Segoe dan simbol. Menurut Microsoft, simbol gabungan segi empat yang menggunakan kombinasi empat warna itu menggambarkan produk utama yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Logo baru tersebut akan digunakan mulai hari ini kepada semua produk Microsoft dan aplikasi atas talian yang ditawarkan oleh mereka. Hasil lawatan kami di laman rasmi Microsoft.com turut mendapati logo tersebut telah aktif dan digunapakai di halaman tersebut.

 
 
Apa pendapat anda tentang logo baru ini ?

sumber diubahsuai

2 comments:

  1. errrr cam biasa je ? wa rase logo lame lagi cantik .

    BalasPadam
  2. logo bru ni nmpk kemas..
    i like!!!

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .