Mengurangkan Saiz Gambar Pada Blog

Salah satu perkara utama yang sering diberi perhatian oleh para pembangun laman web dan juga penulis blog adalah saiz gambar yang dimuat-naik oleh mereka. Kini, menariknya anda tidak lagi perlu bimbang seperti dulu, dimana terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda mengurangkan saiz gambarnya.


Untuk fail berformat JPG, terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda mengurangkan saiz gambarnya, termasuk salah satunya yang berasaskan web, dipanggil JPEGMini dimana anda boleh mengurangkan saiz gambar anda sehingga 5 kali ganda. JPEGmini merupakan salah satu aplikasi berasaskan web yang percuma, menawarkan para pengguna untuk terus memuat-naik gambar melalui pelayar web mereka, seterusnya memuat-turun gambar yang dikurangkan saiznya terus secara percuma. Menariknya mengenai aplikasi web JPEGmini ini adalah dimana ianya tidak mengurangkan kualiti gambar seperti beberapa aplikasi yang lain. Untuk mencubanya anda boleh ke laman www.jpegmini.com


Memandangkan kebanyakkan fail gambar resolusi tinggi didatangkan dalam format PNG, anda boleh cuba PNGGauntlet. Salah satu aplikasi yang amat berguna, apatah lagi membolehkan anda mengoptiimasikan sesuatu gambar untuk digunakan pada web, dan pada masa yang sama jimatkan penggunaan bandwith dan sebagainya. Ia membolehkan anda mengoptimasikan sehingga 50%, tanpa kehilangan sebarang kualiti pada gambar. Namun, ia mengambil sedikit masa untuk melakukan pengoptimasian, bergantung kepada bilangan dan saiz gambar sedia ada. Untuk muat turun anda boleh ke pnggauntlet.com


4 comments:

  1. wa pun gune paint gak . kakakaka

    BalasPadam
  2. sangat membantu blogger yg ada banyak gambar, nak resize saiz takut kualiti gambar jg kurang.. guna app ni kualiti xhilang..

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .