Seksyen 114A Akta Keterangan 2012


Apa itu Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 ?
Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web, blog, laman sosial atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia. 
Lanjutan daripada tentangan yang diterima terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 2012, kini CIJ Malaysia (Pusat Kewartawanan Bebas) merancang untuk melancarkan Malaysia Internet Blackout Day pada 14 Ogos 2012 kelak, yang mana lebih kepada menyedarkan pengguna Internet berkenaan dengan impak negatif pindaan akta tersebut.

Melalui Internet Blackout Day tersebut kelak, CIJ mensasarkan untuk para pembangun web mahupun blog memaparkan pop-up pada laman web mereka selama lebih kurang 24 jam pada 14 Ogos kelak, untuk mendidik para pengguna, dan bukannya lebih kepada menutup terus halaman web seperti yang dilakukan oleh Wikipedia baru-baru ini.

# Dunia internet sekarang penuh dengan hasutan fitnah, gosip yang tidak pasti kesahihanya bukan. Bagaimana jika anda adalah mangsa kecurian identiti dan seorang hacker yang zalim menggunakan akaun Twitter, Facebook mahupun blog untuk menghantar kandungan fitnah ?

4 comments:

  1. wah, bahaya la kalau kena hack kan.

    BalasPadam
  2. nice info bro..!wa harap lu xhack blog wa -__-'

    BalasPadam
  3. wa bace banyak kali nak paham..haha
    sbb tgh fening2..

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .