Ulang Tahun Ke-21, Linux


Seperti mana yang kita tahu, mana yang tahu la kan. Bagi yang belum tahu, Sistem Operasi Linux merupakan persaing ketat Microsoft dan Apple. Dimana server, super computer dijalankan hampir 100% oleh Sistem Operasi Linux, dan juga kebanyakan telefon pintar dan tablet sekarang.

Semalam 25 Ogos, Linux telah pun berumur 21 tahun. Sejak dimulakan pada tahun 1991, Linux telah melalui pelbagai pembangunan, dengan pelbagai peranti yang menggunakannya hari ini yang terbaru iaitu Android.

Steve Jobs pengasas apple pernah mengajak Linus Torvalds pengasas Linux untuk menyertai Apple dan hentikan pembangunan Linux. Tetapi ditolak atas sebab beliau tidak gemar akan kernal Mac-OS. Jika Linus Torvalds menyertai Apple sudah tentu tiada sistem operasi sumber terbuka seperti yang ada hari ini dan terus percuma seperti Ubuntu, Fedora dan Debian.

Hari demi hari, lebih ramai yang menggunakan Linux, tidak kira pada pelayan, mahupun peranti mudah-alih dan komputer mereka. Linux Foundation, salah satu badan yang menyokong pembangunan Linux juga dilihat semakin berkembang aktif sejak akhir-akhir ini, dengan beberapa nama besar, seperti Samsung, Google dan ramai lagi yang menyertainya. Terbaru Twitter juga akan menyertai Linux Foundation untuk menyumbang beberapa kod pembangunan mereka bersama yang lain-lain.

-Selamat Ulang Tahun Linux-
Pecintaan Linux dan sumber terbuka, 
mempunyai cita-cita besar
dan mahu bawakan keamanan pada dunia!

4 comments:

  1. dah tua linux ni rupanyer..huhu

    BalasPadam
  2. muhun kenalkan wa dengan si linux nih :3

    BalasPadam
  3. ok dah tahu sape linus . hahaha :3

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .