2014 Selamat Tinggal Flash


Buat pencinta sumber terbuka. HTML5 merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak daripada tahun lepas. Namun, sehingga kini, perkara penuh yang dibawakan oleh HTML5 belum diumumkan sepenuhnya, dan kini W3C (World Widde Web Consortium) berhasrat untuk menyelesaikannya sepenuhnya menjelang tahun 2014 kelak.

Pihak W3C juga turut merancang untuk membuat pelan perancangan akhir untuk HTML5 sebelum penghujung tahun ini, dan seterusnya menjadikan pelbagai kod menjadi stabil dan standard menjelang 2014 kelak.

Menurut mereka juga, sekiranya sesuatu perkara tidak stabil, ia akan dibuang, dan disertakan untuk versi draft HTML5.1, yang dijangka akan diselesaikan sepenuhnya pada tahun 2016 kelak. Bagi para pembangun web yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, mungkin boleh merujuk kepada laman rasmi W3 hari ini, dan melihat sendiri perkembangan HTML5 yang telah berlaku sehingga kini.

# 2014 tiba masa untuk ucapkan selamat tinggal Flash, yang mana baru nak belajar flash tu, lupakan saja hasrat tu. Baik belajar HTML.

4 comments:

  1. wahhh..nnt mst sng cket an na buat coding utk programming :)

    BalasPadam
  2. alamak..wa slh guna akaun..ni wa teddy ha.haha

    BalasPadam
  3. kejam btoi ayt terakhir tu..mohon php pn dibubarkan..ssh nk phm kot..ahaha

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .