GIMP Kini Dalam Permasangan DMG Di Mac OS X


GIMP merupakan aplikasi grafik alternatif untuk Adobe Photoshop yang amat popular, dan ramai yang mencadangkan GIMP kerana ia sumber terbuka. Setelah sekian lama GIMP diperkenalkan untuk Windows dan juga Linux, ia turut sama ditawarkan dalam bentuk natif kepada para pengguna Mac OS X.

Bermua GIMP versi 2.8.2, para pengguna OS X hanya perlu menjalankan fail DMG yang dimuat-turun, terus boleh memasang tanpa pememasang X11 seperti mana mereka memasang aplikasi yang lain. Bagi para pengguna OS X yang sedang mencari-cari aplikasi grafik untuk komputer mereka, mungkin boleh mencubanya hari ini secara percuma dan sumber terbuka.

1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .