Jangan Kaitkan linux Dengan Yahudi


Terkejud jugak admin bila dapat tahu di kata kunci carian blog DS ni ada jugak yang nak kaitan Linux dengan yahudi. Linux tiada kaitan dengan Yahudi pun.

Apa Itu Linux? Linux adalah Operating System asas daripada UNIX. Linux adalah Operasi Sistem (OS) sama seperti Windows. Linux mula diperkenalkan sekitar tahun 1991 menggunakan Linux Kernel yang mana dicipta oleh Linus Torvalds di Universiti Helsinki, Finlandia. Kemudian Linux dibangunkan/diubahsuai oleh programmer dan hackers seluruh dunia dibawah GNU General Public License (GPL) atau lain-lain lesen secara percuma dan sumber terbuka.

Apa pula GNU General Public License (GPL)? GPL adalah sebuah lesen yang menyatakan bahwa sebuah perisian (software) bebas dipakai, disalin, diedarkan, bahkan dikembangkan oleh siapapun tanpa harus membayar atau izin terlebih dulu. GPL pertama kali dibuat oleh Richard Stallman untuk projek-projek pembuatan software di bawah nama GNU

Sumber terbuka atau open source pula merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek

Linux merupakan sistem operasi yang sangat hebat. Kerana semua orang boleh membangunkan atau mengubahsuai termasuk para programmer, hackers, malah anda sendiri jika anda berkemampuan boleh membatu membagunkan Linux. Jadi kesimpulan disini Linux tiada kaitan dengan yahudi. Jika Yahudi nak bantu bangunkan Linux pun tiada masalah, sama-sama buat, sama-sama untung. Sebab itu Linux di sumber Terbukakan. Terbuka kepada semua termasuk anda, dan tahukah anda Rakyat Malaysia juga ada yang membagunkan Linux dan software sumber terbuka yang lain.

# Ada kaitan tidak dengan Yahudi @ Israel ?

3 comments:

  1. penerangan lu terlalu detail..wa bru nk lpskn ilmu diploma psl linux kt cni..adoi

    BalasPadam
  2. hahaha.. takpe lepaskan kat komen lain

    BalasPadam
  3. Pok Nik pun pakai Linux..pande pande jer diorang cakap mcm tu

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .