Linux Dan Penguna Desktop

 

Miguel de Icaza pengasas Gnome mengatakan "desktop Linux is dead" #baca sini. Walaupun terdapat peningkatan minat di kalangan pengguna untuk bertukar ke Linux, namun  Linux gagal bersaing dengan yang ditawarkan Mac OS  dan Microsoft Windows. Lebih-lebih lagi untuk penguna Windows 8 kelak Windows 8 Store menanti anda seperti mana Mac App Store yang ada pada Mac OS, Tetapi bagi linux apa ada ?

Antara sebab pengunaan Linux pada desktop kurang popular adalah dari segi GUI yang cantik tetapi dianggap leceh lebih-lebih lagi pada UI Gnome 3 dan Unity. Bagi penguna baru linux jangan mudah beranggapan bahawa Linux ini ialah sistem operasi yang stabil seperti windows dan Mac, kerana Linux ialah sistem operasi yang sumber terbuka dan sentiasa dikemaskinikan tanpa sebarang ujian masa panjang. Ia tidak seperti OS yang lain mengambil masa bertahun-tahun untuk versi baru dilepaskan.

Para developer(pemaju) juga memain peranan untuk hidupkan Linux OS ini, Kerana para pemaju ini lebih kepada windows. Sebagai contoh dari segi gamming(permainan). Kebanyakan permainan berasas kan DirectX (windows) tidak pada OpenGL (Linux).

Walau apa pun. Linux bukan lah OS yang amat teruk. Ia lebih laju dan ringan berbanding windows. Linux juga menguasai 9 daripada 10 sever dan super komputer di dunia ni. Malah laman facebook dan google juga dijalankan oleh Linux. Sekarang ini sudah ramai beralik ke sumber terbuka, tetapi masa yang agak perlahan untuk beralik ke sumber terbuka, seperti mana flash kepada HTML5. Walaupun HTML5 (sumber terbuka) telah lama dilepaskan sejak tahun 2010 untuk gantikan flash, masih banyak website, dan applikasi yang mengunakan flash. 

Bagi pencinta Linux dan Sumber Terbuka, harapan masih ada untuk terus maju ke hadapan. Tanyakan pada waktu, kerana waktu sahaja yang menentukan.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .