Paparan Tab Firefox Pada Bahagian Tepi


Mozilla merancang pelbagai perkara baru pada Firefox, dimana antaranya semestinya antaramuka Australis, dan kini kelihatan pada versi percubaan, kelak mungkin pihak Mozilla akan memberikan peluang untuk para pengguna mengakses bahagian tab secara menegak ataupun mendatar.

Bagi penguna tablet semestinya sudah terbiasa tab pada bahagian URL menegak ataupun mendatar seperti gambar di atas kerana firefox versi tablet kelihatan seperti itu. Firefox hari ini memperlihatkan tab pada bahagian URL secara mendatar. 

Skrin komputer hari ini mula menggunakan skrin yang lebih luas, ruangan pada bahagian tepi seperti tidak digunakan sepenuhnya. Jika tab di bahagian tepi skrin dapat digunakan secara lebih menyeluruh. Apatah lagi kebanyakkan web hanya merangkumi bahagian tengah sahaja. Bagi penguna skrin komputer yang agak kecil seperti netbook munking tidak sesuai.

Adakah ia nampak lebih kemas dan menarik?  Namun, buat masa ini, ia masih pada peringkat cadangan, dan mungkin akan berubah pada masa akan datang.


1 comments:

  1. kureng dah ngn firefox skrg . smakin menjadi2 dye buat hal . brrrrr

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .