Permainan Popular Facebook FarmVille Kini Versi Ke 2


Siapa yang tak kenal dengan permainan FarmVille permainan bercucuk-tanam di facebook. Admin pun penah main ketika baru kenal dunia facebbok ni pada tahun 2009. Tapi sekarang ni je dah tak layan permainan kat facebook ni. Agak membosankan.

FarmVille merupakan salah satu permainan yang popular dikalangan pengguna tempatan dan seluruh dunia dengan lebih 3.2 juta pemain harian. Dan kini, dalam menjadikan permainan bercucuk-tanam mereka lebih menarik, Zynga memperkenalkan FarmVille 2 secara rasminya.

FarmVille 2 membawakan grafik dan permainan yang lebih menarik berbanding sebelumnya, serta membawakan permainan yang sedikit lebih realistik berbanding sebelumnya. Namun, pada masa yang sama, ia masih mengekalkan bentuk permainan yang lama, memerlukan para pengguna menyemak FarmVille setiap hari, dan mengelakkan tanaman mereka daripada mati begitu sahaja.

Bagi anda yang berminat, semestinya boleh memainkannya hari ini, dengan ke halaman aplikasi FarmVille 2 di Facebook.



1 comments:

  1. Assalammualaikum.

    Shafuan, percaya dak, aku tak pernah main game ni? (-_-)

    Mana2 game kat FB, tak pernah..sedih,keh3

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .