Firefox 16 Dilepaskan

firefox : Safer, faster, better

Firefox 16 menyertakan sokongan awal untuk aplikasi berasaskan web pada Firefox, yang mana membawakan sokongan seumpama Chrome WebStore pada Firefox. Namun, memandangkan Mozilla Marketplace belum dibuka untuk semua, mungkin ia tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh para pengguna.

Firefox untuk Mac OS X kini menyertakan sokongan VoiceOver, selain membawakan sokongan toolbar baru untuk para pembangun, memudahkan mereka mengakses beberapa aplikasi dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.
 


Firefox 16 untuk Android pula tambahan sokongan mod pembacaan, memudahkan para pengguna membaca laman-laman yang tidak dioptimasikan untuk peranti dengan skrin bersaiz kecil. Untuk mengaktifkannya, para pengguna hanya perlu klik pada ikon buku yang terletak bersebelahan dengan URL laman web, setelah ia selesai dibuka. Selain itu turut sama mengoptimasikan pelayar web tersebut, selain membawakan beberapa sokongan tambahan, termasuk kebolehan berkongsi sesuatu tab terus ke desktop, melalui sokongan Firefox Sync yang telah diperkenalkan sebelum ini.
 
 

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .