Kesungguhan Ubuntu 13.04 Raring Ringtail


Ubuntu 13.04 telah diberi nama oleh  Mark Shuttleworth pengasas Ubuntu iaitu  'Raring Ringtail'. Kenapa ia digelar 'Raring Ringtail' ?

Mark menjelaskan. "Dalam tempoh enam bulan akan datang kita mahu ubuntu hadir untuk telefon, tablet dan TV. Jadi saya fikir ia adalah masa untuk melihat teras Ubuntu dan mengkaji dan mengukur platform teras kami pada peranti mudah alih, hayat bateri, bilangan proses berjalan, memori, dan sebagainya. Yang lebih penting kita boleh mendapatkan teras yang  lebih baik dan  kita akan lakukan pada komputer riba dan awan (Ubuntu cloud). "

Raring bermakna 'penuh semangat atau kesungguhan', itu lah yang dimaksudkan dengan Raring Ringtail dalam kesungguhan Ubuntu 13.04 untuk merealisasikan Ubuntu Tablet, TV dan Telefon Pintar. Ringtail pula ialah sejenis kucing adalah maskot bagi Ubuntu 13.04 juga dikenali sebagai Ringtail Cat.
 


0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .