Lenovo Atasi HP Pengeluar Terbesar PC Dunia

NEW YORK: Pengeluar Lenovo dari China kini memintas Hewlett-Packard yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sebagai pengeluar komputer peribadi (PC) terbesar dunia, demikian menurut satu kali selidik terbaru mengenai saingan pasaran PC.

Kaji selidik oleh firma penyelidikan, Gartner itu menunjukkan Lenovo mendahului di kedudukan teratas untuk kali pertama dengan 15.7 peratus perkongsian pasaran dunia bagi suku ketiga 2012, manakala HP di tempat kedua iaitu 15.5 peratus.

Kajian Gartner menunjukkan Lenovo menggunakan persaingan harga yang 'agresif' terutama dalam pasaran profesional dan menerokai perkongsiangan pasaran di seluruh rantau walaupun jualan PC merosot.

Gartner berkata, penghantaran PC dunia kini mencecah 87.5 juta unit dalam suku ketiga, penurunan ketara iaitu 8.3 peratus berbanding tahun lalu.

Ini kerana kebanyakan peruncit dan pembeli menangguhkan permintaan bagi menunggu kemunculan Windows 8 pada penghujung bulan ini.

Penganalisis Gartner, Mikako Kitagawa, berkata: “Peruncit kini agak konservatif dalam mengatur permintaan dan bermula hujung bulan lalu, mereka lebih tertumpu untuk menghabiskan stok bagi membolehkan pembelian baru PC yang mempunyai Windows 8 bulan ini," katanya.

Gartner berkata, Dell kini menduduki tempat ketiga dengan menguasai 10.5 peratus pasaran global diikuti pengeluar dari Taiwan, Acer (9.8 peratus) dan satu lagi pengeluar Taiwan, Asus (7.3 peratus). Bagi pasaran AS, HP kekal sebagai pengeluar terbesar diikuti Dell, Apple dan Lenovo. - AFP

2 comments:

  1. wow...sy pengguna lenovo...

    BalasPadam
  2. perghh..tapi wa still ragu2 dengan lenovo..huhu xtau nape

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .