Mengelakkan Wireless Peribadi Dicuri

Ramai yang tanya bagaimana nak godam/hack wifi. Tapi tak penah tanya bagaimana nak elakkan wifi kita dari digodam / dihack. Hari ini DS akan kongsikan beberapa tip yang boleh digunakan untuk Mengelakkan Wireless Peribadi Dicuri atau Digodam.


Tukar 'default password'  router anda.
Jika anda tidak tukar memudahkan orang lain untuk masuk dan menukar passwoord router anda. Kerana password asal semua router  adalah sama. antaranya ialah, TMadmin, atau admin. Jila router anda telah orang tukar password, tekan sahaja butang reset di router anda, tetapi anda haru ingat, setting semua akan padam, anda perlu settingkan semula setting internat anda.

Sembunyikan SSID
SSID  ialah nama wifi anda. Walaupun para pengodam boleh sniffing packet Wireless Network yang sudah disembunyikan SSID. Secara tidak lansung dapat kurangkan risiko sebanyak 50%.

Jangan gunakan Open Network
Ini ibarat anda sedekah percuma internet dari wireless network tu kepada orang lain. Silap-silap orang guna network anda untuk buat kerja-kerja jenayah siber, dan bila check IP kena atas nama anda.

Jangan guna WEP password
WEP paling senang kena crack dan banyak sangat tools dan tutorial crack WEP password di youtube.

Wireless Encryption Level
Set kepada WPA2 (AES) kerana WPA2 lebih kebal daripada tools2 biasa yang orang gunakan untuk hack wifi. 

MAC Address 
Ialah physical adress kepada wireless adapter. Iaitu hanya IP yang disenaraikan sahaja boleh aksess wifi tersebut.

Tutup Wifi
Jika anda masih ragu-ragu. Tutup wifi merupakan cara yang paling selamat tak bagi orang guna wifi anda.

Sekian, ini saja untuk hari ini. mudah-mudahan dapat kurangkan kes kecurian wifi di rumah anda ^^v.

2 comments:

  1. ooo...cmni ea nk kena buat..tp wawa xreti buat sume ni..
    mohon buatkan..huhu..ptut la dlu kna curik IP Address sbb set kpd public network :3 huhu

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .