Microsof Office 2013 Untuk Android, iOS dan Symbian


Microsoft Office sedia terdapat untuk Windows dan juga OS X, dan kini setelah pelbagai laporan, kini dilaporkan, ia turut sama akan hadir untuk platform iOS dan juga Android pada awal tahun hadapan, sekitar bulan Mac 2013.

Microsoft memfokuskan kepada antaramuka berasaskan Metro melalui perisian versi terbaru mereka, dan semestinya perkara ini akan memudahkan lagi ia dioptimasikan untuk iOS dan juga Android.

Selain daripada untuk dua platform popular ini, ia telah pun sedia terdapat untuk Symbian. Microsoft Office 2013 turut sama akan diperkenalkan untuk Symbian dalam bentuk kemaskini pada tempoh yang lebih kurang sama.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui sepenuhnya bilakah Microsoft akan melancarkan Office 2013 secara rasminya. Memandangkan ia akan disertakan bersama-sama Windows RT, mungkin kita akan mendengar lebih banyak maklumat berkaitan dengannya dalam masa terdekat ini.
 

1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .