Pralihat Kubuntu 12.10 Quantal Quetzal


Review Kubuntu 12.10 Quantal Quetzal

Kubuntu 12.10 Quantal Quetzal variasi KDE, telah pun dilepaskan. Kubuntu 12.10 adalah variasi Linux Ubuntu, dan akan disokong selama 18 bulan oleh pembangunnya. Kubuntu 12.10 ini membawakan bersama-sama KDE SC (Software Compilation) yang dikemaskini kepada versi 4.9.2, bersama-sama dengan beberapa perubahan baru padanya.

Dari segi perisian dan sistem, Kubuntu 12.10 menyertakan kernel Linux 3.5.5, Python 3.2, LibreOffice 3.6.2.2, Rekonq (pelayar web) 1.1, Amarok (pemain media) 2.6.0, serta pelbagai kemaskini yang lain.

Ia turut membawakan kemaskini kepada Plasma Workspaces, selain OwnCloud yang dikemaskini kepada OwnCloud 4, menyertakan pelbagai fungsi baru, termasuk perkongsian kalendar, serta kemudahan untuk berkongsi fail dan galeri.
 

Bagi yang berminat dan ingin mencubanya boleh memuat-turun Kubuntu 12.10 disini, sekarang
 
Rujukan1 Rujukan2

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .