Pralihat Pear Linux 6


Pear Linux 6 telah pun dilepaskan pada hari semalam 22hb oktober. Bagi yang tidak kenal dengan Pear Linux. Ia merupakan sistem operasi sumber terbuka dan boleh dapatkan secara percuma. Pear Linux juga antara linux yang membawa UI seperti Mac OS yang paling digemari antara linux lain yang membawa UI Mac OS.

Pada Pear Linux 6, beberapa kemaskini diperkenalkan, termasuk penggunaan Pear Linux Shell 6.0, penggunaan tema desktop baru, bersama-sama menggunakan dock yang baru mengantikan Docky sebelum ini. Ia turut menyertakan bersama-sama Pear AppStore 6.1 untuk memudahkan para pengguna memuat-turun aplikasi tambahan untuk digunakan pada sistem operasi mereka. Shell Pear Linux 6 juga lebih kemas dari shell Gnome 3 dan Unity pada Linux Ubuntu. Untuk muat turun, anda boleh ke laman rasmi Pear Linux sekarang.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .