Pralihat Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal


Review Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal

Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal variasi gnome telah pun dilepaskan, selain daripada membawakan pelbagai kemaskini daripada segi aplikasi dan perisian yang digunakan padanya, ia turut menyertakan beberapa sokongan baru padanya. Salah satunya adalah penggunaan aplikasi web sebagai aplikasi desktop dengan mudah.Ia sekaligus memudahkan para pengguna Ubuntu menggunakan aplikasi web seperti aplikasi desktop biasa, dan mengintegrasikannya dengan beberapa fungsi lain di Ubuntu.

Antaramuka Unity turut sama ditambah-baik pada Ubuntu 12.10, dimana kini anda boleh melihat preview untuk kebanyakkan fail anda dengan mudah terus pada panelnya, sekaligus memudahkan anda mencari dan memilih fail yang dikehendaki.

Beberapa aplikasi sedia ada turut diintegrasikan dan ditambah baik, dan salah satunya adalah Update Manager yang kini dijenamakan semula sebagai Software Updater. Melaluinya, kini setiap kali anda memulakannya, ia akan menyemak sebarang kemaskini, dan memudahkan proses kemaskini aplikasi anda.

Dari segi aplikasi pula, ia menyertakan LibreOffice 3.6.2, GNOME 3.6, Mozilla Firefox 16 dan juga Mozilla Thunderbird 16 padanya. Sokongan perkomputeran awan, Ubuntu One turut sama ditambah-baik dengan Ubuntu One Music yang kini boleh diakses terus daripada Launcher.

Dari segi keselamatan dan sekuriti pula, Ubuntu 12.10 didatangkan dengan sokongan UEFI Secure Boot padanya, sekaligus membolehkan ia dipasang bersama-sama Windows 8 tanpa sebarang masalah.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh mula memuat-turun Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal disini.


Pralihat Kubuntu 12.10 Quantal Quetzal
Pralihat Lubuntu 12.10 Quantal Quetzal
Pralihat Xubuntu 12.10 Quantal Quetzal *akan datang



Rujukan

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .