Spesifikasi Asus VivoBook Dan VivoTab


Asus VivoTab (Tablet) menggunakan Windows RT iaitu versi Windows 8 yang dioptimasikan khas untuk tablet, membawakan skrin seluas 11.6-inci, CPU empat-teras Tegra3, memori sebanyak 2GB RAM, sokongan NFC, dan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang. Asus Tab turut didatangkan dengan sokongan dock untuk papan kekunci, membawakan tambahan penggunaan bateri selama tujuh jam, selain ruangan port USB 2.0 padanya.


Asus VivoBook pula didatangkan bersama-sama Windows 8, yang mana menyertakan sokongan skrin sentuh pada komputer riba, dengan variasi pilihan 11.6-inci dan juga 14-inci. Ia turut didatangkan dengan pilihan CPU Intel Core, Pentium ataupun Celeron, dan menggunakan kad grafik terbina padanya.

Asus VivoBook Dan VivoTab akan mula dijual di pasaran Malaysia pada awal bulan hadapan.



1 comments:

  1. pgrhh...terbaik.asus pulak tu. boleh cabut cabut kan screen dia.

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .