Harga PlayStation 3 Slim / Nipis Baru


Rekabentuk baru ini membawakan saiz 20% lebih kecil dan juga 25% lebih ringan daripada PlayStation 3 sedia ada.

Untuk pasaran Malaysia, ia akan dijual pada harga RM1029 untuk versi 250GB, manakala versi 500GB akan berharga RM1199. Memandangkan perbezaan harga yang kecil, mungkin lebih ramai akan memilih variasi 500GB kelak.


Sony PlayStation 3 yang baru ini, seperti biasa didatangkan dengan pelbagai sokongan yang digemari ramai, termasuk fungsi sambungan wireless, kebolehan memainkan permainan dan video dalam bentuk definisi tinggi, dan pelbagai perkara yang lain.

Sony juga menyediakan beberapa pilihan khas, termasuk edisi PlayStation 3 Ultimate Pack yang akan menyertakan konsol 500GB bersama-sama permainan God of War III dan Uncharted 2 : Among Thieves padanya pada harga RM1139.


sumber 




1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .