Nipis Senipisnya - Lenovo ThinkPad X1 Carbon

Spesifikasi Lenovo ThinkPad X1 Carbon
Dimensi: 331 x 226 x 18.85 mm
Berat: 1.3 kg
Skrin: 13.3-inch 16:9 HD (1366x768) LED Backlight
Prosessor: Intel Core i5-3317U 1.7GHz
Storan: 128GB SSD
Skrin: 14" HD LED 1600 x 900


Pralihat  Lenovo ThinkPad X1 Carbon
Kita kini sudah berada di dalam dunia yang memerlukan benda yang berkuasa, tetapi dengan pakej yang kecil. Tengoklah — kereta kini semua bertukar ke enjin yang kecil, tetapi masih berkuasa untuk menggerakkan badan kereta yang berat dengan kelajuan yang tinggi. Begitu juga dengan dunia komputer. Oleh kerana itu rekabentuk Ultrabook diperkenalkan oleh Intel untuk diguna-pakai oleh pengeluar-pengeluar komputer seluruh dunia.

Lenovo, salah satu syarikat yang terkenal dengan produk komputer mereka faham kehendak pengguna yang memerlukan produk untuk kegunaan mereka di mana sahaja — lebih-lebih lagi mereka yang perlu bekerja di luar pejabat. Produk ThinkPad mereka sememangnya mahsyur dengan sesiapa sahaja. Kini mereka memperkenalkan ThinkPad Ultrabook pertama di dunia, ThinkPad X1 Carbon.

Kalau dilihat dari rekabentuk luarannya, memang tidak boleh dinafikan ianya datang dari keluarga ThinkPad. Dari segi pilihan warna, bahan binaan — Lenovo mengekalkan apa yang unik dari rekabentuk keluarga ThinkPad di dalam X1 Carbon. Sebenarnya, model ini boleh dikatakan sebagai kesinambungan daripada model X1 yang telah dikeluarkan tidak lama dahulu.

Yang membezakan X1 Carbon dengan ThinkPad yang lain ialah ianya nipis. Kalau ditengok daripada gambar yang dilampirkan, anda boleh lihat betapa nipisnya peranti ini. Ianya hanya setebal tiga naskah Majalah Tech. Sememangnya nipis.


Badan X1 Carbon ini seperti di dalam namanya, diperbuat daripada gentian karbon. Sangkar pelindung dalamannya diperkukuhkan dengan gentian karbon agar berat mesin ini tidak lebih daripada 1.3 kilogram! Belakang anda tidak akan berasa sakit lagi apabila anda membawa X1 Carbon ke mana sahaja kerja anda diperlukan.

Untuk kemudahan pengguna, Lenovo telah memuatkan beberapa post sambungan untuk peranti luaran. Terdapat dua port USB — satu USB 2.0 dan satu USB 3.0. Port untuk USB 2.0 juga boleh digunakan untuk mengcas peranti yang memerlukan kuasa aliran yang lebih tinggi — tablet sebagai contoh. X1 Carbon juga dating dengan port Mini DisplayPort yang membolehkan anda menyambungkannya kepada skrin luaran yang menyokongnya. Selain itu, terdapat juga slot SD untuk kad SD anda, dan juga jek audio/mikrofon gabungan untuk kegunaan anda. Oh, terdapat juga suis untuk memasang ataupun menutup WiFi anda.

Papan kekunci X1 Carbon ini unik — rekabentuknya yang mesra-jari anda akan menyebabkan anda menaip dengannya sepanjang hari! Juga setiap kali anda menaip dengan kekuncinya, setiap kekunci memberikan respon yang baik — tiada lagi papan kekunci komputer riba yang seperti span. Juga, X1 mempunyai fungsi untuk menyalakan papan kekunci dengan cahaya LED dari belakang. Ada tiga paras cahaya, jadi anda boleh gunakan papan kekunci di dalam gelap — dengan selesa.

Kuasa pengkomputeran X1 Carbon dijanakan oleh prosessor generasi ketiga daripada Intel, versi Core i5 3317U. Ianya cukup laju untuk kegunaan harian anda, serta prosessor grafik HD4000 yang termasuk dalam cip ini boleh digunakan untuk bermain game komputer, dikala anda sedang bosan di perjalanan. Bukan game Facebook sahaja, malahan game-game popular masa kini seperti Diablo III dan Starcraft 2 boleh dimainkan di Ultrabook ini.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .